Urus bisnes homestay anda dengan lebih mudah dan efisien

Dari tempahan hingga analitik, sistem kami mempunyai segala yang anda perlukan untuk menguruskan tempahan homestay anda dengan lebih mudah.

Website Homestay Anda Tersendiri

Miliki website homestay anda tersendiri dan tidak perlu lagi mengiklankan homestay anda dilaman web listing yang mempunyai banyak persaingan dan kos bulanan yang tinggi. Dengan website dan sistem tersendiri, anda bebas untuk menguruskan perniagaan homestay anda dengan tersendiri.

Dirangka Khas untuk Pemilik Homestay

Sistem kami yang mudah digunakan dihasilkan untuk memenuhi keperluan unik pemilik homestay. Dengan penyelesaian pengurusan tempahan yang sistematik dan terkini, anda dapat menyelaraskan tempahan, memudahkan pengurusan tempahan, dan menyediakan proses tempahan yang lancar untuk tetamu anda.

Tempahan Automatik dan Kemas Kini Real-Time

Sistem kami menawarkan tempahan automatik, kemas kini kekosongan real-time, dan penghantaran pesanan tempahan kepada tetamu, supaya anda boleh terus memantau tempahan dan memberikan maklumat tepat pada kepada tetamu anda.

Website Homestay Tersendiri

Miliki website homestay anda tersendiri berserta domain pilihan (contoh: www.homestay-kampung-baru.com) dan sertakan maklumat – maklumat berkenaan homestay anda dalam satu website sahaja.

Setiap jenis maklumat adalah boleh diubah sepenuhnya mengikut citarasa anda tersendiri: tambahkan penerangan, kapasiti bilik tidur, kemudahan, saiz katil, harga, sistem tempahan terus pada tarikh yang ditempah, dan banyak lagi.

Borang Tempahan Dan Carian Hartanah Yang Mudah Alih

Mudahkan proses tempahan homestay anda dengan borang tempahan dan kalendar kekosongan yang di kemaskini secara terus untuk memudahkan pelanggan memilih tarikh yang sesuai untuk membuat sebarang tempahan.

Pilih maklumat yang diperlukan (bilangan tetamu, jumlah kanak – kanak & dewasa, dan lain-lain) dari pelanggan anda untuk memastikan setiap rekod tempahan disimpan untuk rujukan semasa anda.

Jana Laporan Tempahan Dalam Bentuk CSV

Penjanaan laopran tempahan hanya memerlukan anda menekan satu butang sahaja! Dapatkan laporan penginapan anda dalam bentuk CSV yang mengandungi pelbagai maklumat lengkap bagi semua tempahan untuk beberapa tempoh masa yang ditentukan oleh anda sendiri.

Laporan yang dijana boleh diubahsuai mengunakan applikasi Excel, Google Sheets atau mana – mana aplikasi ‘spreadsheet’ dan cetak atau hantar laporan anda menggunakan email.

Uruskan Tempahan Melalui Aplikasi Mobile

Tambah dan urus tempahan anda menggunakan telefon pintar andar atau peranti lain yang telah dilengkapi dengan Applikasi Booking System kami.

Kami menawarkan aplikasi mobile dengan percuma bagi peranti Android dan Iphone yang akan membolehkan anda menyemak status kekosongan penginapan anda seacara ‘real-time’ dan semak senarai tetamu dan status pembayaran secara dalam talian.

 

Pengurusan Kesemua Homestay Dalam Satu Portal Yang Sama

Jika anda mempunyai lebih dari sebuah homestay, anda boleh mengunakkan website dan sistem yang sama untuk menguruskan kesemua homestay anda. Tidak perlu lagi untuk menguruskan homestay anda di portal – portal yang berbeza.

Sistem juga boleh merekodkan jumlah hari yang telah ditempah untuk setiap homestay anda dan sistem akan mengeluarkan laporan terkini dari segi jumlah keuntungan dan jumlah hari ditempah bagi setiap homestay untuk anda.

Maklumat Kekosongan Homestay “Real-Time”

Memudahkan! Inilah ciri yang terpenting dan memudahkan pelanggan dalam sistem pengurusan homestay ini. Kalendar kekosongan homestay akan memudahkan pelanggan memilih tarikh yang masih kosong untuk merancang penginapan mereka.

Kalendar ini akan dikemaskini secara “real-time” selari dengan pengurusan homestay anda. Tidak perlu lagi untuk membalas whatsapp beribu pelanggan bertanyakan kekosongan pada tarikh yang sama.

Penetapan Harga Mengikut Musim Percutian

Atur kadar homestay anda mengikut musim dan harga yang berbeza: musim biasa atau musim percutian, tempoh percutian, dan sebagainya. Tetapkan sebarang kadar dan harga pilihan anda bergantung kepada musim atau hari/tarikh tertentu.

Penetapan perbezaan harga boleh diterapkan untuk tempoh lama dan pendek (contohnya, 2 hari atau 20 hari).

Kadar Sewaan Berdasarkan Tempoh Penginapan

Diskaun untuk penginapan yang lebih lama? Tiada masalah! Tetapkan harga yang berbeza berdasarkan tempoh penginapan – tambah kadar mingguan, bulanan atau kadar lain untuk tempoh yang ditentukan.

Sistem akan secara automatik memberikan diskaun mengikut peraturan kadar yang telah anda tetapkan. Semakin lama tempoh penginapan, semakin banyak diskaun setiap malam!

Kupon Diskaun Untuk Pelanggan Tetap Anda

Dengan mudah cipta kupon diskaun peribadi dalam bentuk peratusan, harga tetap sepanjang penginapan, atau harga tetap setiap hari melalui “Admin Dashboard”.

Anda boleh menetapkan jumlah diskaun, tarikh luput, tarikh daftar masuk dan daftar keluar, tempoh penginapan minima dan maksima dan banyak lagi untuk menyesuaikan kupon anda untuk penginapan individu.

Pengesahan Pesanan Secara Langsung Atau Manual

Sahkan booking dengan cara yang diinginkan – beri pilihan atas pilihan pelanggan anda (dengan menekan tautan konfirmasi di email), pengesahan di admin portal sendiri (anda menyetujuinya secara manual melalui panel admin) atau pemesanan akan dikonfirmasi secara automatik setelah pembayaran.

Untuk pembayaran, anda dapat mengatur sistem untuk menerima harga penuh atau deposit (harga tetap atau peratusan).

Catatkan Tempahan Secara Manual & Edit Tempahan Asal

Menerima tempahan melalui telefon atau melalui portal homestay lain? Tambahkan tempahan secara manual melalui ‘Admin Dashboard’ untuk menjaga merekodkan tempahan mereka.

Anda juga boleh megubah butiran tempahan asal, misalnya menukar bilik atau mengubah tarikh ketibaan / pemulangan untuk tetamu.

Ringkasan Kalendar Tempahan

Dengan sistem booking ini, semua permintaan tempahan yang diterima dan status semasa mereka disimpan di satu tempat, mudah disusun dan dipaparkan dalam satu paparan kalendar kod warna.

Cari tempahan yang diperlukan mengikut pelanggan, tempoh tempahan, dan status bilik (ditempah, tertunda, tersedia, dan sebagainya).

Notifikasi E-Mel Tersendiri Untuk Pemilik Kepada Pelanggan

Pentadbir website dan pelanggan akan menerima e-mel yang sesuai dengan butiran tempahan, status tempahan, pemberitahuan pembatalan, dan sebagainya.

Ubah kandungan pengesahan, pembatalan dan template e-mel dengan mudah . Pilih warna, muat naik logo, ubahsuai teks, dan sebagainya.

Ketentuan Had Penginapan Yang Boleh Diubahsuai

Sistem ini dicipta agar fleksibel dalam pengaturan syarat dan peraturan tempahan. Tetapkan keperluan penginapan min/max yang anda inginkan untuk menyesuaikan dengan jenis tetamu yang anda ingin menjamu. Patuhi aspek-aspek undang-undang negara anda mengenai penyewa dan tetamu jangka pendek.

Tetapkan hari min/max penginapan dan tarikh daftar masuk dan daftar keluar yang tersedia untuk keseluruhan hotel, penginapan secara individu atau musim.

Pembayaran Terus Kepada Akaun

Sistem booking ini juga dilengkapi dengan sistem pembayaran online FPX yang membolehkan pelanggan membuat pembayaran terus kepada akaun pemilik homestay dan pengesahan akan dibuat secara automatik apabila pembayaran telah dibuat.

Kedua – dua pihak akan mendapat notifikasi mengenai tempahan tersebut. Tidak perlu lagi untuk memberi maklumat bank setiap kali pelanggan membuat ingin tempahan.

Visualisasikan Rekod Bisnes Anda

Grafik statistik membolehkan anda untuk melihat semua penjualan dan tempahan dalam tempoh waktu tertentu dalam bentuk laporan graf yang mudah difahami.

Ini akan membantu anda melihat berapa banyak yang anda telah hasilkan dari bisnes anda, dengan laporan ini juga dapat memberi anda pelbagai informasi seperti bulan yang paling banyak tempahan, hari yang banyak tempahan, dan jumlah pelanggan yang telah membuat tempahan dan pembatalan.

Integrasi Kalendar Dari Pelbagai Platform

Kembangkan homestay anda dengan lebih dari satu saluran tempahan tanpa risau masalah tempahan bertindih. Sistem kami akan menyelaraskan tempahan dari pelbagai website dan platform (Airbnb, Booking, atau TripAdvisor) dan memastikan tiada masalah tempahan bertindih.

Sistem ini akan memastikan tempahan anda diseleraskan setiap jam bagi memastikan tiada masalah yang tidak diingini.

Dapatkan sistem kami dan urus bisnes penginapan anda dengan lebih efisien

Urus bisnes anda dengan mengunakan sistem yang mesra pelanggan dan pengusaha homestay. Kurangkan bebanan anda dengan bantuan sistem yang dirangka khas untuk pemilik – pemilik homestay.

Hubungi Kami

© Copyright 2024・FY Tech & Digital Solutions ・All rights reserved.